Sunday, April 1, 2012

Did you know?




Aku faham kau ada banyak perkara ingin lakukan, maafkan aku kerana berpelakuan seperti kebudak-budakkan ketika bersama kamu. Aku berpelakuan sebegitu kerana, aku terlalu mencintai dan menyayangi mu. Walaupun kau pernah berkata kepadaku yang aku kelihatan seperti tidak serius dalam sesuatu perkara, aku tidak berdikari, aku terlalu mengharapkan orang. Aku agak terkilan akan kata-kata mu itu. Tapi tidak mengapa, kata-kata mu itu akan membina aku untuk menjadi seorang lelaki matang yang tidak merunsingkan mu. Minta maaf atas kekurangan diriku sayang, dan terima kasih kerana menerimaku seadanya sayang :')
Terima kasih kerana banyak menyedariku akan kelakuan ku. Kau telah banyak memberi tunjuk ajak kepada ku sayang.
Annes farhana !
Sayang, tahukah kamu yang aku ingin meluangkan masa bersama kamu sahaja. Berjalan berdua di taman. JUST YOU AND ME. Jalan di taman sambil pimpin tangan mu, duduk di tepi tasik sambil memeluk mu dari belakang. Berkongsi rasa.




Wednesday, March 28, 2012

PENGEMIS CINTA !

Kenapa kau diam je? Sayang, Aku tak buat perkara yang bukan-bukan pun di belakang kau, aku harap kau percayakan dengan kata-kata aku ni. Kenapa kelakuan mu aneh dan terlampau ganjil sayang? Yang pertama, kau cakap dengan aku "kalau ada siapa-siapa message, cakap b ni bf bby". Persoalannya, kenapa kau cakap macam tu, mesti ada sesuatu di sebalik kata-kata kau itu dan aku dapat merasakan sesuatu tu pasti berita yang tidak baik. Yang ke dua, kau cakap dengan aku "pegi res, bby ader hal." Aku dapat rasakan yang keadaan mood kau sedang dingin, dan aku beri kau masa untuk tenang. Yang ketiga, kau dengan secara tiba-tiba tidak menjawab "skype" dari aku, balas chat aku pendek-pendek dan marah-marah, justeru itu kau melontarkan penegasan kepadaku "xpyh nk cl2 lg!!!" kemudian aku tanye "kenape?" dan kau pun menjawab dengan lantang, jelas dan setimpal kepadaku "xperlu taw". Baru sebentar tadi kau suruh aku rest dengan tiada sifat amarah kepada ku, kenape kau terlalu cepat bertukar menjadi marah? Aku berasa hairan. Adakah sebab "skype" aku tiba-tiba terpadam? membuatkan kau berasa sangsi? Ini jawapan nye untuk kamu sayang "tadi internet terpadam kejap sbb memang die macam tu" Bby, b bace dan ingat huraian bby;



Disini aku ingin meminta maaf dahulu andai kata, ayat-ayat aku di blog ini "makan dalam" bagi kau. Seperti mana yang kau tahu, aku sememangnya tidak mahu seseorang yang sempurna, kerana ini sudah jelas bahawa manusia ini sememangnya tidak sempurna. Aku mahukan kau usaha untuk bertahan. Kadang kala aku inginkan kau menghubungi aku dan menghantar sms kepada aku terdahulu sebelum aku memulakan menghantar SMS atau menelefon mu. Orang kata, EGO tu penting, kalau kita tak EGO orang akan pijak kepala kita. Aku memang setuju dengan kenyataan itu, tapi kepercayaan ku terhadap cinta boleh menguasai minda aku. Aku sanggup buang EGO aku kepada orang yang aku sayang ANNIS FARHANA . Kerana aku kau adalah orang yang sayang dan aku berfikir "kenapa aku harus EGO dengan orang yang aku sayang?" Aku percaya disebalik usaha aku untuk bersabar, menolak EGO ku ketepi dan sebagainya akan membuahkan hasil. Orang kata "Usaha tangga kejayaan" jadi sebab itu lah aku tidak pernah penat dan jemu untuk berusaha. Aku menulis di blog ini pun untuk tempat untuk aku meluahkan dan ingin kau tahu apa yang ingin katakan. Biarlah orang panggil aku PENGEMIS CINTA, Aku sikit pun takkan goyah akan kata-kata itu, aku lebih percayakan dengan usaha, Tuhan suka pada orang yang berusaha. Sayang, saya harap awak faham. Jangan la kau mengambil jalan yang mudah untuk sesuatu yang berharga sayang. okay?



Sunday, March 25, 2012

Berjanji Untuk Diriku Sendiri


Aku berjanji yang aku tidak akan sesekali mengulangi kesalahan bodoh aku yang bisa meletupkan gunung berapi. Aku harap kau boleh melihat usahaku, perubahan ku, cara ku, dan yang paling penting sekali iaitu kawan2 mu dan masa kamu sendiri. Aku bukan sekadar ber-omong kosong. tapi aku bersumpah ke atas YANG MAHA SEGALANYA iaitu ALLAH S.W.T
aku akan berubah dan memang aku ingin berubah, hanya kuasa ALLAH S.W.T sahaja tempat aku untuk mengadu, meminta tolong dan merayu. Ya ALLAH, tolong lembutkan hati dia untuk menerimaku seadanya, kerna ku tak sanggup dan kerna ku tak mampu hidup tanda DIA di sisi ku. Sayang , percayalah dengan kata-kata, janji-janji dan SUMPAH ku ini sayang. Aku berubah sayang, dengan izin ALLAH S.W.T INSYAALLAH tuhan akan tolong perhubungan kita. Aku yakin disebalik dugaan ini ada kebaikkannya. Sayang, tolong yakin pada diri sendiri, Tolong yakin dengan kewujudan dan keberasan kuasa ALLAH S.W.T
Sayang, sabar tu adalah satu keajaiban.
PERCAYA LAH !! ALLAH YANG MAHA BESAR


Cuba Tenang


Aku sering berpesan kepada kau, aku bukan nya halang kau hendak berkawan, tapi aku mahu kau mengutamakan aku dan mengingati aku selalu. NIAT aku itu tapi aku masih bodoh dalam hal ini, cara aku untuk memberitahu kamu salah. Aku mengaku semua itu, aku mengaku aku tidak sempurna, aku mengaku aku cemburu, aku mengaku aku risau akan kehilangan kau, dan aku juga mengaku bahawa risau kau akan berpaling arah. Sebab itu aku hari2 berpesan kepada kau bahawa manusia boleh berubah. Dan aku takut akan kejadian itu. Aku tahu kau ada kisah silam, banyak pengalaman, tapi aku mahu kau tolong tenang dan fikir secara waras. Seperti mana yang telah ku katakan tadi dan aku ingin mengulangi nya lagi "aku mahu kau mengutamakan aku terlebih dahulu dan aku ingin kau mengingatiku selalu".
Cara aku salah sayang, berfikir la secara waras. Seperti mana juga kau telah berpesan kepadaku dahulu kala "semua bende yang dibuat ada sebabnya" dan itu lah yang aku telah lakukan sayang. Sayang, belum pernah ada perempuan yang berani untuk memberi kenyataan seperti mana kau telah lakukan kepadaku. Dan aku ingin kau ingat kata2 kau, pegang kuat2 kata kau itu dan tolong usahakan ape yang telah kau janjikan sayang.


Berubah

Awak dah makin jarang luangkan masa dengan saya, kadang kala saya memikirkan bahawa kamu seperti ingin menjauhkan diri dari aku. Aku tidak tahu sama ada itu benar atau tidak, aku menulis mengikut rasa sahaja. Kebelakangan ni kau sering memarahi aku dan terus mendiamkan diri dan melupakan janji kita. Sungguh aku tidak mengerti akan perbuatan mu itu. Apakah disebalik perbuatan itu? Orang kata "setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya" dan ada pula yang kata "semua benda yang dibuat, bersebab".
Aku juga runsing dengan keadaan macam ni, tapi aku hanya mampu senyum, mengalah dan menahan rasa pedih kerana aku hidup ni kena ada dolak dalih, bak kata orang putih " give and take". Jauh pula aku melengcong cerita ni. Berita terbaru, aku bangun awal pada hari ini, iaitu pada tanggal 26 march 2012. Aku lihat jam sudah pukul 7 lebih, dan aku sering perhatikan dia selalu lewat dan terkejar-kejar masa untuk tiba ke kantur(pejabat) nya. Aku call dia dan terus call tapi apabila dia memberi respon, die terus memarahi aku dan kata "ni dah kenapa? jangan la call, nak tido !!"
Sebelum ni kau tidak pernah macam ni pun sayang, aku bingung kenapa kau berubah sebegitu ketara, mungkin kau tidak menyedari nya, tapi aku yang memerhatikan mu. Kenapa sayang? :'(

Thursday, March 22, 2012

Makin Lain

Kenapa minggu ni dia berpelakuan aneh? Aku mula sedari semua ni dari hari Rabu lagi. Biasanya, sebelum dan semasa dia ingin pulang ke rumah dia akan menelefon aku sehingga dia tiba di rumah dan selepas sahaja dia selesai mandi dia akan meluangkan masa nya (skype) bersama aku. Tetapi minggu ni tidak. Aku tidak tahu apakah disebalik perbuatan nya itu. Aku sayangkan kau, seperti mana juga kau ucapkan kepadaku tapi aku hairan dengan kelakuan kamu sayang. Makin lain. Aku hanya dapat melepaskan rinduku menerusi "iPad" sahaja sayang.

Monday, March 19, 2012

Hairan Saya


Aku rasa hairan dengan statement die yang mengatakan:
"sMUA bnda nak gtaw...ase cm xder privancy lgsung..
cam xder perasaan.. 2 sbb aq pun leyh jadi cmni...
* semua bnda xnk dikongsi *" Aku cuma ingin tahu, tapi mengapa comment aku kene delete sedangkan aku tanye dekat YOUR update status terlebih dahulu sebelum aku menyoal kamu dekat IM. Adakah kau berasa malu bahawa aku ini kekasih mu? Adakah kau ada sembunyikan sesuatu daripada ku? Mungkin kau akan berkata kenapa aku berkata sedemekian? Kerana gamba dibawah ini membuat aku bertanya dan terus bertanya. Aku bukan tidak mempercayai mu tapi Bende yang macam ni membuat ku begini dan aku merasa HAIRAN.
(Custom: shared with Taufique Fauzi and Mizz Kamoo)