
Disini aku ingin meminta maaf dahulu andai kata, ayat-ayat aku di blog ini "makan dalam" bagi kau. Seperti mana yang kau tahu, aku sememangnya tidak mahu seseorang yang sempurna, kerana ini sudah jelas bahawa manusia ini sememangnya tidak sempurna. Aku mahukan kau usaha untuk bertahan. Kadang kala aku inginkan kau menghubungi aku dan menghantar sms kepada aku terdahulu sebelum aku memulakan menghantar SMS atau menelefon mu. Orang kata, EGO tu penting, kalau kita tak EGO orang akan pijak kepala kita. Aku memang setuju dengan kenyataan itu, tapi kepercayaan ku terhadap cinta boleh menguasai minda aku. Aku sanggup buang EGO aku kepada orang yang aku sayang ANNIS FARHANA . Kerana aku kau adalah orang yang sayang dan aku berfikir "kenapa aku harus EGO dengan orang yang aku sayang?" Aku percaya disebalik usaha aku untuk bersabar, menolak EGO ku ketepi dan sebagainya akan membuahkan hasil. Orang kata "Usaha tangga kejayaan" jadi sebab itu lah aku tidak pernah penat dan jemu untuk berusaha. Aku menulis di blog ini pun untuk tempat untuk aku meluahkan dan ingin kau tahu apa yang ingin katakan. Biarlah orang panggil aku PENGEMIS CINTA, Aku sikit pun takkan goyah akan kata-kata itu, aku lebih percayakan dengan usaha, Tuhan suka pada orang yang berusaha. Sayang, saya harap awak faham. Jangan la kau mengambil jalan yang mudah untuk sesuatu yang berharga sayang. okay?
