Sunday, March 25, 2012

Berubah

Awak dah makin jarang luangkan masa dengan saya, kadang kala saya memikirkan bahawa kamu seperti ingin menjauhkan diri dari aku. Aku tidak tahu sama ada itu benar atau tidak, aku menulis mengikut rasa sahaja. Kebelakangan ni kau sering memarahi aku dan terus mendiamkan diri dan melupakan janji kita. Sungguh aku tidak mengerti akan perbuatan mu itu. Apakah disebalik perbuatan itu? Orang kata "setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya" dan ada pula yang kata "semua benda yang dibuat, bersebab".
Aku juga runsing dengan keadaan macam ni, tapi aku hanya mampu senyum, mengalah dan menahan rasa pedih kerana aku hidup ni kena ada dolak dalih, bak kata orang putih " give and take". Jauh pula aku melengcong cerita ni. Berita terbaru, aku bangun awal pada hari ini, iaitu pada tanggal 26 march 2012. Aku lihat jam sudah pukul 7 lebih, dan aku sering perhatikan dia selalu lewat dan terkejar-kejar masa untuk tiba ke kantur(pejabat) nya. Aku call dia dan terus call tapi apabila dia memberi respon, die terus memarahi aku dan kata "ni dah kenapa? jangan la call, nak tido !!"
Sebelum ni kau tidak pernah macam ni pun sayang, aku bingung kenapa kau berubah sebegitu ketara, mungkin kau tidak menyedari nya, tapi aku yang memerhatikan mu. Kenapa sayang? :'(