Wednesday, August 8, 2012

Permata yang dicari. ROZATUL AZMIRA DZARIYAT


 Hadirnya tanpa kusedari, Menggamit kasih cinta bersemi. Hadir cinta insan padaku ini, Anugerah kurniaan Ilahi. Lembut tutur bicaranya, Menarik hatiku untuk mendekatinya. Kesopanannya memikat di hati, Mendamaikan jiwaku yang resah ini. Ya Allah, Jika dia benar untukku, Dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, Damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu.
Dialah permata yang dicari, Selama ini baru kutemui. Tapi ku tak pasti rencana Ilahi. Apakah dia kan kumiliki? Tidak sekali dinodai nafsu, Akan kubatasi dengan syariat-Mu. Jika dirinya bukan untukku, Redha hatiku dengan ketentuan-Mu.
Ya Allah, Engkaulah tempat kubergantung harapanku. Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu. :'(

Wednesday, July 11, 2012

Ini budak gua sayang dia woo, ini budak manyak nakal, poyo tak habis-habis, acah-acah bagus, busuk, buncet dan banyak usik gua. Ini budak suke tacing kuat dengan saya. Gua tau lu sayang kat gua, gua rasa semua tu. And buat pengetahuan lu, ini first time orang panggil gua "ABANG". Gua suke sangat. Walaupun lu garang dengan gua, tapi lu memang bagus, dengar cakap and hormat gua, tu yang buat gua bertambah sayang kat lu. Lu nak tacing ngan gua pun agak-agak la babe. Lu tak kesian kat gua ke? Jangan sampai gua tarik tindik idong tu kuat-kuat. Btw ini cheetah gua sayang sangat-sangat. Gua harap lu  baca blog gua ni. <3

Wednesday, April 25, 2012

Tentang "DIA"


Adakah tulisan di telapak tangan mu itu bermakna bagi kamu? Adakah tulisan ini benar bagi kamu? Aku masih ingat saat ini aku berada di ruma sewa rakan ku, dan kau meminta aku pulang lah ke rumah. Aku turuti permintaan kau. Adakah kau masih ingat peristiwa ini? Atau ini semua hanya permainan kamu?


 Aku rindu dengan gurauan kita semasa kita ber"SKYPE" macam-macam perangai keluar dengan spontannya kerana kerinduan dilepaskan dengan jarak jauh. Adakah rindu dihati kamu seperti rindu yang ku rasakan? Perangai kamu yang comel ni lah yang membuat aku sering mengingati kamu dan terus menyayangi kamu, tapi semua itu seperti tidak bermakna apa-apa bagi kamu bukan?


Aku dapat lihat makna di sebalik senyuman kamu di dalam gambar ini. Kamu senyum kerana terpaksa melayan karenah aku, mata kamu tidak dapat menipu yang sebenarnya kamu hanya berpura-pura dengan aku. Tangan kamu itu bermakna kamu bosan dan letih dengan semua ini. Kamu mungkin boleh tipu diri kau, tapi kamu tidak boleh menipu aku TERLANJUR mencintai kau sampai kau telah menyakiti aku sebanyak 2 kali. Aku meminta kau "BALEK" kerana aku sangkakan kau telah berubah, kau telah nampak keikhlasan dan kejujuran aku terhadap kamu. Malang nya kamu mengulangi perbuatan kamu yang TERBESAR itu iaitu masih MENIPU !!


Waktu kau ucapkan sesuatu yang aku tidak ingin tahu. Kau masih boleh tidur lena setelah apa yang kau buat kepada aku. Perbuatan kamu sangat menyakitkan aku. Tapi kamu masih boleh bersenang, berasa tidak ada masalah, dan kamu fikirkan dengan cara berbuat baik dengan aku, kamu boleh buat aku terima dengan ungkapan kamu itu dengan sewenang-wenang nya? Aku masih menemani kamu sewaktu kau tidur. Walaupun air mata aku berlinangan atas perbuatan kau yang seperti tidak ada perasaan. Kau kata, kau berasa serba salah kerana kau telah dimiliki. Cuba kau ingat balik, semasa dengan aku, kenapa kau tidak rase serba salah BERGURAU senda dengan menggelarkan si pukimak tu MY HUBBY dan sebagai nya. Pernah kau fikir begitu? Kau bagi alasan kau pilih dia, tapi sekarang kita cakap pasal rasa bersalah kerana telah dimiliki. Lepas tu kau dah tak tau nak cakap apa, dah takda modal, kau sering mengulangi kenyataan "walau macam mana pun bby pilih dia". Pilih tu tak salah tapi cara kau terima dia semasa kau bersama aku. ibarat orang masuk rumah tak bagi salam atau masuk rumah melalui tingkap, macam tu ke peraturan nya? Kau puji orang itu pemikiran matang, kau puji orang itu memahami kau dan macam-macam. Aku tengah call kau lepas tu si"MATANG" tu call, kau sanggup letak ganggang dan angkat panggilan nya. Hari keesokkan nya pula, kau kata nak message. Tapi kau tak message, aku call kau reject. Lama sikit aku call balik tiba-tiba aku nampak ada waiting call. Dan aku call si "MATANG" tu pun waiting. Aku takda masalah dengan semua tu tapi kau JANJI dengan aku. Kau nak aku faham kau tapi... ni satu ayat aku nak kau faham
"WHEN YOU HIDE YOUR FEELINGS, DON'T BE SURPRISED WHEN THE PERSON DON'T UNDERSTAND YOU." Jangan cakap orang lain boleh faham ape semue, masing-masing ada kelebihan sendiri, jangan nak samakan orang lain dengan orang lain, memang takkan pernah sama.
Gambar ni bertajuk - Sanggupkah ku terus terlena, tanpa mu di sisi ku. Ku kan selalu menanti mu..

AKU NAK KAU TAHU YANG SEKARANG NI AKU RASAKAN SEPERTI INI
"WHAT HURS MORE THAN LOSING YOU? IT'S KNOWING YOU'RE NOT FIGHTING TO KEEP ME."

Saturday, April 14, 2012

Benda Yang Aku Tak Nak Jadi. Dah Pun Jadi.

Tak payah la nak letak gambar-gambar lagi, semak la pulak. Okay cerita nya bermula di sini.
Aku tahu dia berhubungan dengan budak yang aku paling benci. Dari Januari aku tegur budak tu, and pada awal bulan Febuari pulak budak tu ada bagi statement dekat aku yang mengatakan anis ada berhubungan sulit dengan dia. Aku cuma diam dan mahu tengok bukti nya.
Tapi sekarang tiba-tiba dia boleh couple dengan budak yang aku paling benci dengan alasan nya "aku pilih dia!!" "aku sayang dia" "aku tak nak jadi hipokrit" "demi masa depan aku"

"aku pilih dia!!"
- Dulu aku pernah pesan dekat kau, jangan layan budak tu. Aku cakap macam tu sebab aku lelaki and aku tahu kalau orang ada niat nak sailang macam mana. Tapi kau tetap hubungi dia dibelakang aku. Bila aku cakap pasal afiq je, pada mula nya kau akan tanya (kenapa tak puas hati sangat ngan dia?) sebab aku tak puas hati, kau awek aku takkan lah tu pun nak bagitau? Mesti lah aku ada rasa cemburu. Kau nak cakap aku cemburu tak bertempat? Member aku buat suara pompuan pun then kau nak senyap ngan aku dan cakap aku dengan pompuan. Siapa yang cemburu tak bertempat? Aku cemburu pada bende yang betul, tengok la apa dah jadi sekarang? Setelah kian lama sedikit bila aku cakap pasal budak tu, kau menengking cakap (budak tu takda kene mengena) padahal aku dah dapat tengok ko comment bersayang-sayang dengan dia pada tarik AKU DATANG IPOH AND JUMPA KAU. Kau bagi lagi alasan itu saja-saja n gurau-gurau? Ape kau rasa kalau aku gurau-gurau macam tu dekat orang yang paling ko tak suka? Aku tak rasa kau akan fikir benda yang kau buat. Aku suruh remove and block budak tu, tapi aku heran kenapa kau tak remove budak tu dan kau BLOCK AKU. Siapa tak marah? Kau nak salah kan aku? BF mane tak marah kalau kau layan orang lain macam tu sekali.

"aku sayang dia"
Macam mana kau boleh sayang dia sedangkan kau baru contact ngan dia? Junpa sekali? Mesti kau dah lama ada hubungan sulit dengan dia kat belakang aku. Kau ingat sayang ni bende main-main ke? Kau cakap kau faham perasaan aku sebab kau buat aku macam ni. Kalau kau faham kenapa dulu kau tak nak fikir dulu? Alasan sebab kita gaduh then lepas tu kau contact dengan orang yang paling aku tak suke? Ko kawan lama ngan dia? Jadi kalau kawan lama pun? kenapa mesti orang yang aku benci? Dalam bulan APRIL jugak kau cakap kau sayang aku, hanya aku seorang, aku adalah yang terbaik. MANA KATA-KATA KAU TU?

"aku tak nak jadi hipokrit"
kau cakap macam tu sebab kau dah malas nak fikir apa dah. ko dah declare ngan dia, bawak jumpa family sedangkan aku, bukan main payah nak jumpa family kau dan kau bagi alasan rambut aku. alasan hipokrit tu sebab kau malas nak cakap banyak je. Pandai buat drama, pandai la habiskan drama kau tu.

"demi masa depan aku"
Alasan dia ada kerja dan semua tu untuk masa depan kau. Kenapa kau perlu terkejar-kejar? kalau kau sayang aku, kau akan tunggu aku. Kenapa kau tak pernah cakap dengan aku? kenapa baru sekarang baru kau nak cakap dengan aku? Tengok la, kata baru contact balik.. Dulu baru kawan je.. Berani kau nak buat ikatan TUNANG bulan 5 ni? nampak sangat kau dah kemaruk and tak boleh sabar lagi. Alasan mien slalu ganggu la, Kalau kau tunang ngan dia kenapa? Mien tak boleh ganggu lagi? Nak bagi alasan apa lagi? Kalau ada ikatan bermakna kalau mien ada buat hal, kau punye report tu kukuh la? Kalau macam tu kenapa kau tak tunang ngan aku je?
Biar mien tak kacau dah, dan report kukuh lepas tu baru la aku cari kerja semua tu.

Aku sayangkan kau, orang cakap biar jual mahal. Tapi aku bukan jenis macam tu, sebab aku yakin, ego dengan orang yang kita sayang buat apa? Tapi kau tak nampak semua tu, pengorbanan aku untuk kau. Masa aku untuk kau. Kau kerja, aku datang ipoh untuk ringankan beban kau nak ulang alik pergi KL - IPOH. Aku delete SEMUE PEREMPUAN dalam FACEBOOK aku sebab hidup aku hanya ada kau. Tapi kau tak nampak jugak semua tu, Sekarang ni dorang dah buat aku macam ape je sebab aku delete dorang dari friend. Lepas tu kau cakap kenapa buat macam tu? ko tak mintak semua tu? Cakap bodoh kang marah, kalau dah sayang, semua nya tak MUSTAHIL. Tiap malam aku nangis sebab sabar dengan perangai kau yang suke melayan gurau2 SAYANG dengan laki lain. Aku pertahankan apa yang kita bina, tapi kau musnahkan macam tu je and tadi aku call ko boleh GELAK-GELAK lagi. Sedar ke tak yang kau tengah bersalah? Bukan nya aku nak suruh kau nangis ke apa tapi kau GELAKKAN aku. KAU cakap sudah-sudah la tu. Kau tak berada kat tempat aku sebab tu kau boleh GELAK dan kau ada ORANG BARU. Sikit pun kau tak hiraukan aku masa hari kejadian si budak yang aku benci tu datang ke KFC tu.. Aku sedih, SUMPAH AKU SEDIH DENGAN SIKAP KAU.
KAU KHIANAT CINTA AKU, KAU BERDUSTA DAN KAU HANCURKAN HATI AKU.

ILOVEYOU...

Saturday, April 7, 2012

Terbaik ?

Oh ye, aku memang terbaik. Sebagai badut sarkas sahaja. Andai kata "DIA" cabar aku, memang aku sahut. Cinta buat diri kita bodoh. Aku dah bagi semua tapi aku rasa semua tu tak cukup sebab dia tak pernah berpuas hati dengan apa yang aku lakukan. "DIA" nampak aku mencuba, dalam beberapa kali. Andai kata "DIA" sayangkan aku, "DIA" hentikan cubaan aku tapi tidak. Aku tahu aku tidak terbaik tapi sampai bila-bila pun, siapa yang terbaik? "DIA" mahukan seorang yang terbaik tapi boleh tak kau bagitahu siapa? Aku dapat jangka bende yang buruk dalam masa hadapan. Sangat-sangat salah. Dalam fikiranku aku terima semuanya tapi aku rase aku tidak berdosa.

*tiada yang sempurna atau terbaik di dunia ni, terimalah seadanya. Ini adalah dunia rialiti, bukan fantasi*

Apa yang aku dapat rasa sekarang seperti ini !


Jika benar kau merindui ku, jika benar kau menyayangi ku. Aku dapat lihat kau ingin membuang ku sedikit demi sedikit. Pada mulanya, kau kata, kau hide album tu kerana mama tak suka gamba cium sebegitu. Tetapi kenapa kamu tidak buang gamba yang cium tu sahaja? kenapa kamu hide semua? Kemudian kamu buang nama aku di Facebook, alasan kamu kerana kamu ingin delete facebook itu selepas hari jadi kamu tapi mana? Kau berkelakuan aneh, andai kata kau kata aku sering menelefon kamu dan membuatkan kamu runsing, maka apa kata sekarang ni kau yang mencari aku seperti mana yang aku buat kepada kamu. Sekarang ni hampir jam tiga dan friend finder menyatakan kamu di Grand paradise highway hotel. Memang friend finder tidak betul TETAPI die menjadi tidak betul kerana kamu dalam kadaan bergerak. Tapi jika kamu dalam keadaan di satu kawasan sahaja, Friend finder akan dapat tahu lokasi sebenar. Dari jam 11 pagi tadi aku membuat friend finder, dan sampai sekarang lokasi kamu masih di situ. Kau berkelakuan aneh, aku dapat rasa kan semua itu. APA YANG KU RASA SEKARANG NI, SAMA SEPERTI GAMBA DI BAWAH NI.
(kau nampak aku sedang bersedih dan perit tapi kau tidak berbuat apa dan *MUNGKIN KAU SEDANG SEPERTI DALAM GAMBA INI*) "MUNGKIN"

Wednesday, April 4, 2012

Birthday LOVE


5th April adalah Ulang tahun kelahiran Si "DIA".
Sayang Selamat menyambut ulang tahun hari kelahiran kamu, alhamdulillah syukur kepada ilahi kerana masih kamu masih lagi bernafas dan kita masih kekal sampai ke hari ni. Aku sayangkan kamu sayang, tapi lidah ku sering kelu apabila aku ingin meluahkan isi hati aku. Maafkan aku sayang. Sayang, aku berharap sangat agar kau menjumput ku ke majlis hari jadi kamu. Aku ingin meraikan nya bersama kamu sayang, seperti mana yang kau luahkan kepada ku bahawa apabila ulang tahun hari kelahiran mu, pasti akan terjadinya perkara buruk yang berlaku tanpa diduga. Aku harap kehadiran ku nanti tidak merunsingkan kamu. Izinkan aku ye sayang? :)
Aku mencintai mu lebih ANNIS FARHANA <3