Hari ini, aku rasa teramat ganjil dengan si ANIS FARHANA ni. Dari pagi die message aku macam nak tak nak je, katenye ade banyak kerje, well ok fine! Pada waktu petang dalam pukol 2, aku menelefon dia lagi, dia berkata baru lepas beli kfc and nak makan, aku pun cakap ngan die " lepas makan text b tau" die pun kate okay! selepas beberapa jam kemudian aku tidak nampak satu message pun yang masuk, aku pun rasa hairan dan terus menghubungi dia lagi. Seperti biasa dia akan cakap banyak kerje.
Tiba pula malam menjelma, aku post comment, inbox beserta sms dan call, dia memberikan respon yang agak kurang kepada aku, aku puas mencari, apakah yang sedang berlaku sebenarnya ni. Lewat pagi dalam pukul 1 malam, dia kata kat aku dia nak tidur, aku pun kata okay la. Setelah selesai kemas barang meniaga aku pun pulang ke rumah dalam pukol 2 pagi. Aku cuba telefon dia, tiba-tiba perkara yang aku paling tidak gemar muncul di depan mata aku, iaitu "CALL WAITING".
Dari pukul 2 lebih tadi sampai la sekarang masih lagi muncul "CALL WAITING" apabila aku menelefon telefon bimbit nya. Apakah disebalik "CALL WAITING" ni?? Adakah dia sedang *bergayut dengan lelaki lain? Adakah kawan dia menghubunginya kerana ulang tahun kelahiran nya? "CALL WAITING" ni membuatkan aku bingung dan tertanya-tanya. :(